Pengakap Remaja
Lencana Jaya Diri
Lencana ini diberi untuk mengakui pengetahuan pengakap dalam kenegaraan, fungsi-fungsi Parlimen Malaysia, badan berkanun dan mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini.
i. Mengetahui fungsi-fungsi Parlimen
ii. Melukis dan menerangkan rekabentuk bendera semua Negeri dala Malaysia dan mengetahui jata Malaysia dan negeri masing-masing.
iii. Menerangkan fungsi satu daripada agensi Kerajaan atau badan berkanun seperti UDA, MARDI, MARA, FAMA, FELDA dan lain-lain.
iv. Melukis peta negeri masing-masing serta menunjukkan kawasan Parlimen serta nama Ahli Parlimen yang berkenaan.
v. Mempunyai Buku Log Pengakap yang kemas kini.
Lencana Kemahiran
Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam kegiatan luar dengan memperlihatkan darjah tertinggi ilmu asas perbarisan, simpulan dan ikatan, projek perintis, ilmu berkhemah dan navigasi serta ikhtiar hidup.
Untuk lulus Lencana Kemahiran seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : -
1. Telah mencapai darjah yang tertinggi dalam ilmu asas perbarisan sebagaimana yang dikehendaki dalam Lencana Usaha, Lencana Maju, Lencana Jaya, kawat tongkat serta cara membawa bendera dan telah melatih dengan jaya satu unit Pengakap dalam ilmu tersebut.
2. Mengetahui cara mengikat serta kegunaan simpulan dan ikatan yang berikut : -
- Simpul Tapak Kucing (Cat’s Paw Know)
- Simpul Raga (Carrick Bend)
- Simpul Serban (Turk’s Head)
- Simpul Buaian (Scaffold Hitch)
- Lilit Berkas Tingkat (Racking Bend)
- Genggam Monyet (Monkey Fist Knot)
- Sambat Pendek (Short Splice)
- Ikat Seraya Jepun (Japanese Lashing)
- Ikat Serong Filipina (Filipino Lashing)
- Takal Tali (Rope Tackle/ Harvester’s Hitch)
3. Mengetahui cara membuat dan menggunakan sistem takal dan pancang dogang (anchorage) iaitu :-
a. ’3-2-1′
b. ‘log&picket’
c. ‘dead-man’
4. Membina satu projek perintis secara berpatrol seperti menara, jambatan atau ‘aerial runway’ tidak kurang daripada 5 meter tinggi atau panjang.
5. Melanjutkan pengetahuan dalam pemetaan dengan mengetahui mengenai asas ‘Orienteering’ dan cara membuat ‘cross-bearing’ bagi mencari kedudukan di atas peta dengan menggunakan kompas.
6. Memahirkan disi dalam ilmu tahan lasak hidup dengan membuat ‘bivouac’ dan bermalam di dalamnya, membuat perangkap yang mudah serta membuat masakan rimba (backwoods)seperti nasi, ikan/ daging dan telur.
7. Mengenali 5 jenis tapak haiwan dan membuat 2 jenis plaster cast.
8. Mengetahui cara penganggaran (estimation) tinggi dan lebar.
9. Membuat SATU model projek perintis.
10 Lakukan 1 yang berikut : -
a. Berenang 50 meter berpakaian lengkap
b. Melempar tali yang panjangnya 20 meter sejauh 12 meter supaya jatuh ke kawasan antara 2 pancang yang jaraknya 2 meter dengan mendapat 2 kejayaaan daripada 3 lemparan.
ATAU
c. Mengetahui cara Abseilling / Rappeling, alatan untuk ‘abseilling’, langkah keselamatan, sistem belay, cara ‘abseilling’ dan melakukannya sejauh 8 meter
d. Mengetahui cara membina halangan komando dan langkah keselamatan berkenaan serta melakukan 12 daripadanya.
– melalui titi goyang.
- melalui titi komando.
– melalui titi pacak.
– bergayut tali.
– bergayut monyet.
– merangkak ‘deadman’s crawl’.
– menyusupi halangan tayar.
– merangkak bawah jaring.
– melalui terowong.
– memanjat tali.
– memanjat pokok.
– memanjat tangga.
– memanjat tembok.
– memanjat batang pokok.
e. Menggunakan Tindih Kasih Gelung atau Simpul Kerusi untuk menurunkan seorang yang cedera dari tempat tinggi. – 5 meter (pokok, atau bangunan atau gaung curam)
Lencana Kegiatan
Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Remaja , sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dalam pertukangan, tarian kebudayaan, seni kraf, pertanian, seni mizik, seni bela diri, teknologi maklumat, dan pengendalian urus setia.
Untuk lulus Lencana Kegiatan seseorang Pengakap perlu pilih dan lulus 1 kategori berikut : -
1. Pementasan
2. Bertukang Kayu / Logam
3. Tarian kebudayaan
4. Kraftangan / Kerjatangan
5. Seni Mempertahankan Diri
6. Muzik
7. Urusetia
8. Pertanian
9. Komputer
Lencana Ekspidisi
Lencana ini diberikan sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancang ekspidisi.
i. Latihan ekspidisi-Mengetahui keperluan peribadian patrol untuk ekspidisi dan menunjukkan kaedah membungkus dan membawa bekalan yang lengkap bagi penggembaraan tidak lebih 15 kg.
ii. Ekspidisi seperti:
Berkayak/berperahu 16 km
Mendaki bukit/gunung
Lencana Perkhidmatan
Lencana ini diberikan kepada Ahli Pengakap Remaja sebagai mengakui pengetahuan dan pelbagai kemahiran, kecekapan dalam pertolongan cemas, kebombaan, penyelaat nyawa dengan memperlihatkan darjah tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan-perkidmatan yang berkaitan tentangnya.
1) Menyelamatan Nyawa
Lulus dan mempunyai SATU sijil mana-mana satu kemahiran perkhidmatan yang berikut:
a. Pertolongan Cemas
Sijil Peringkat Asas yang dikendalikan oleh Pegaai perubatan bertauliah atau St John Ambulan atau Bulan Sabit Merah atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia atau yang setaraf dengannya.
b. Pemadam Api
Sijil Asas Kebombaan yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
c. Penyelamat Nyawa
Penyelamat Nyawa atau ‘Bronze Medallion’ daripada Persekutuan Penyelamat Nyawa atau badan-badan lain yang diiktiraf seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. (JPAM)
2) Perkhidmatan Masyarakat
Membuat kerja amal yang diakui kepada masyarakat berjumlah selama 24 jam dalam temph 9 hingga 12 bulan; umpamanya menolong dalam Perkhemahan Daerah, Negeri atau Kebangsaan, banjir , bencana alam, di rumah ibadat, rumah kebajikan, khidmat tergempa bila-bila berlaku kebakaran, menuai padi, dan mengambil bahagian dalam projek yang dianjurkan oleh pihak berkenaan (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung : JKKK) atau seumpamanya.