badgework

Lencana Keahlian

Sebelum dilantik menjadi ahli dan mendapat Lencana Keahlian, seorang budak akan diuji dalam perkara-perkara berikut untuk memberi pengetahuan asas yang mudah serta pengalaman berpengakap.

  1. Mengetahui peraturan memakai pakaian seragam pengakap.

  2. Memahami makna dan semangat lima prinsip Rukun Negara.

  3. Mengenali lambang Pengakap Malaysia dan lambang Pengakap Dunia serta memahami secara mendalam erti lambang-lambang tersebut.

  4. Melafazkan ‘Persetiaan Pengakap’ dan memahami ‘Undang-undang Pengakap’

  5. Mengetahui cara ‘Hormat Pengakap’ dan ‘Cogan Kata Pengakap Muda’.

  6. Mengetahui sejarah Pengakap Malaysia dan sejarah pengasas pengakap, Lord Baden Powell.

  7. Mengetahui mengikat dan mengguna semua simpulan berikut: a. Buku sila (reef knot) b. Bunga geti (sheet bend) c. Simpul manuk (clove hitch) d. Tindih kasih (bowline) e. Lilit dua simpul (round turn and two half hitches) f. Lilit pemati biasa (common whipping)

Lencana Usaha

Berikut merupakan senarai ujian bagi Lencana Usaha

A. Cita-cita Pengakap

1. Bendera Malaysia dan Bendera Negeri masing-masing

2. Lagu Negaraku dan lagu negeri masing-masing

3. Menaikkan bendera

4. Nama orang-orang kenamaan

5. Persetiaan Pengakap & Undang-undang Pengakap

B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani

1. Asas perbarisan

2. Kawad tongkat

3. Isyarat-isyarat tangan Pengakap

4. Halangan komando

5. Melipat dan mengibarkan bendera

C. Kemahiran Berpengakap

1. Menjaga dan menyimpan pisau serta parang

2. Simpula & ikatan : -

- Simpul Himpit

- Simpul Pulih

- Bunga Geti Ganda

- Lilit Balak

- Lilit Taut-line

- Ikat Seraya

- Ikat Serong

3. Undang-undang lalu lintas jalan raya

4. Memilih tapak perkhemahan

5. Keperluan peribadi untuk berkhemah

6. Alatan pertolongan cemas peribadi

7. Menghidupkan api

8. Berkhemah sekurang-kurangnya 1 malam

9. Arah mata angin dan mengenali peta topo

10. Isyarat sulit Pengakap

11. Mengembara 6km

D. Kecenderungan dan Minat

1. Kraftangan

2. Plaster cast

3. Rekod 12 orang sahabat pena

E. Perkhidmatan

1. Balutan anduh

2. Tindakan kecemasan

3. Memandu orang




Lencana Maju

Ujian-ujian bagi Lencana Maju adalah seperti berikut :

A. Cita-cita Pengakap

1. Organisasi MPD, MPM & PPM

2. Melukis bendera semua negeri Malysia

3. Nama penuh PN, PD & PPD

4. Undang-undang Pengakap

B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani

1. Latihan asas perbarisan

2. Kawat tongkat

3. Upacara mengibarkan dan menurunkan bendera

4. Memanjat tali / pokok

C. Kemahiran Berpengakap

1. Menjaga, mengasah dan menyimpan kapak dan gergaji

2. Teknik menggunakan kapak

3. Simpulan & ikatan : -

- Tindih Kasih Ganda

- Belit Lucut

- Lilit Pasdul

- Simpul Kerusi

- Lilit Pemati Selit

- Simpul Kepala Lalat

- Sambat Balik

- Ikat Silang Gunting

4. Memasak masakan rimba

5. Model projek perintis

6. Kajian 1 perkara berikut : -

- Burung, binatang dan pokok tempatan

- Lawatan bangunan / kawasan penting

- Kawasan tempatan

7. Berkhemah tidak kurang daripada 8 malam

8. Langkah keselamatan berenang

9. Langkah keselamatan kegiatan kerja luar

10. Melakukan 2 perkara berikut : -

- Dapur gas, lampu gas / dapur minyak tanah

- Keperluan berkhemah

- Memasak untuk 2 orang

D. Pengembaraan

1. Jenis kompas dan membaca bereng

2. Sistem kontur, rujukan grid, dan kunci peta

3. Mengembara 8km

4. Ikhtiar hidup

E. Perkhidmatan

1. Balutan

2. Tindakan kecemasan (Pengendalian kes patah & terkehel)

3. Memanggil Polis, Bomba dan Ambulan

4. Khidmat sukarela (3 jam)


Lencana Jaya

Antara ujian untuk Lencana Jaya adalah seperti berikut :

A. Cita-cita Pengakap

1. Organisasi Biro Pengakap Sedunia dan Biro Wilayah Asia Pasifik

2. Sejarah tertubuhnya Malaysia

3. Jata Kebangsaan dan Lambang Negeri

4. Tugas kerja Dewan Undangan Negeri

5. Mengenali Ketua Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani

1. Latihan asas perbarisan

2. Kawat tongkat semasa berjalan

3. Halangan komando

C. Kepimpinan

1. Menghadiri Kursus Ketua Patrol atau melatih 2 orang untuk Lencana Maju

2. Kebolehan : -

- Merancang dan menjalankan pengembaraan

- Merancang Malam Pengakap

- Menjalankan Mesyuarat Ketua Patrol

3. Membawa bendera

D. Kejayaan

Lakukan 1 kemahiran daripada Kumpulan I, II, III dan IV

Kumpulan I - Cabaran

1. Lakukan 1 : -

- Mendayung perahu

- Melayarkan sampan layar

2. Mendaki bukit

3. Berbasikal 30km

Kumpulan II - Amali

1. Pekerjaan tangan / tukang gambar

2. Mekanik

3. Kod fonetik antarabangsa

4. Khidmat masyarakat

Kumpulan III - Kesungguhan

1. Pengembaraan 10km

2. Gimnastik / seni mempertahankan diri

3. Membuat bekalan dari makanan kering

4. Melakukan 1 daripada berikut : -

- Memanah

- Memancing

- Kajian barang purba

- Kajian isi bumi

- Pemeliharaan alam sekitar

5. Simpulan & ikatan : -

- Simpul Abah-abah

- Lilit Tindih Kejap

- Simpul Ngah

- Tindih Kasih Air

- Ikatan Pengail

- Sambat Mata

- Lilit Ular / Kacang

- Ikat Silang Tungku

6. Mendirikan pondok sementara

7. Projek perintis

Kumpulan IV - Masyarakat

1. Menyedia, memasak dan melayan

2. Petunjukkan hiburan amatur

3. Merancang dan menjalankan Malam Pengakap

E. Perkhidmatan

1. Kegunaaan kayu tuap

2. Sistem pemulihan nafas mulut ke mulut

3. Perkhidmatan 6 jam


Pengakap Raja

Dalam program dan sukatan lencana-lencana Pengakap, lencana tertinggi untuk seorang Pengakap dibawah umur 18 ½ tahun adalah ANUGERAH PENGAKAP RAJA . Lencana Pengakap Raja mulai dianugerahkan pada tahun 1909 oleh King Edward VII kepada pengakap-pengakap yang telah memperoleh kemahiran kepengakapan tertinggi dan bersikap taat setia, tekun, bersemangat serta tabah, dan bertanggungjawab serta bersedia untuk berkhidmat. Pengakap Raja( King Scout ) pertama adalah Ketua Patrol Victor Watkins dari Dorset, England. Di Malaysia, Anugerah Pengakap Raja juga adalah lencana tertinggi bagi pengakap-pengakap sejak era sebelum kemerdekaan Negara kita. Mulai kemerdekaan, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Negeri-Negeri Melayu, yang juga Penaung-penaung Persekutuan Pengakap Malaysia, telah berkenan untuk meneruskan tradisi kepengakapan ini dan menganugerahkan Sijil Pengakap Raja dan Lencana Pengakap Raja kepada Pengakap-Pengakap Malaysia sebagai lencana tertinggi Pengakap. Sehubungan dengan ini, Anugerah Pengakap Raja adalah dikhaskan untuk Pengakap-pengakap sahaja dan para pemimpin pengakap dewasa adalah tidak layak untuk penganugerahan.